Monday, December 5, 2011


Salam ukhwah kembali. Mari kita sambung perbincangan kita berdasarkan isu yang lepas. Muhasabah telah saya bahagikan kepada empat aspek yang perlu dinilai iaitu :-

1.0 Kelemahan

Bermaksud merenung dan mengenang kembali kelemahan yang ada pada diri. Kelemahan ini boleh juga kita katakan dari sudut kemahiran contohnya kurang mahir bahasa Inggeris, kurang mahir berucap di khayalak ramai, dari sudut keupayaan diri seperti takut tengok darah ke, darah gemuruh ke dan lain-lain. Dengan mengenali kelemahan diri, kita mengetahui lompang-lompang dalam diri kita yang mana kalau kita perbaiki, kita akan menjadi orang yang lebih baik dari sebelum ini. Kita juga tak akan melakukan perkara-perkara diluar kemampuan kita terutama sekali dalam keadaan yang memerlukan dan menjadikan kita berani bodoh dan bukan berani yang berstrategi.


2.0 Kekuatan

Bermaksud merenung dan melihat kembali kelebihan dan kekuatan yang ada samada dari sudut kemahiran, nilai diri dan lain-lainseperti contoh anda seorang yang berani bercakap di hadapan orang ramai, anda sangat mahir dalam membaiki peralatan rumah, mahir berkata-kata dan lain-lain. Mengenali kekuatan dan kelebihan diri ini adalah seperti kita mengenali senjata dan kelengkapan yang kita miliki. Ibarat kita nak pergi berperang, semestinya kita mesti tahu keupayaan peralatan kita kerana takut-takut kita melakukan serangan tetapi jarak musuh terlalu jauh dan perluru tak sampai. Bukan ke itu membunuh diri namanya. Oleh sebab itu kita kena kenal kekuatan kita yang jika ianya digandingkan dengan minat, maka sudah pasti ia akan menjadi kemahiran yang sangat bernilai seperti contoh minat kita adalah pada kereta dan kemahiran kita adalah membaiki kereta. Disebabkan minat kita terus teroka cara untuk membaiki pelbagai jenis kereta. Dengan mengenali kekuatan diri juga barulah kita dapat menyusun strategi yang sesuai samada untuk mencapai cita-cita dan lain-lain.


3.0 Peluang

Peluang yang wujud di hadapan kita juga perlu kita kenal pasti seperti contoh kita adalah anak kepada seorang yang berharta, maka sudah pasti kita tiada masalah dari segi kewangan dan peluang untuk membuka perniagaan kerana kelebihan termasuklah kelebihan networking yang ada pada ayahnya. Kebanyakan orang yang berjaya juga melihat masalah sebagai satu peluang untuk menyelesaikan masalah. Masalah dianggap sebagai cabaran dan bukan lagi penghalang. Cabaran perlu diatasi, malasah perlu diselesaikan. Halangan hanyalah suatu mainan minda bagi orang yang tidak mahu melihat peluang yang ada di hadapan.


4.0 Peristiwa Lalu

Muhasabah mengenai peristiwa lalu ini sangat penting untuk kita lihat kembali kerana mungkin ada perkara-perkara atau keputusan-keputusan atau kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Mengenang kembali dengan tujuan untuk mengubah, mengambil iktibar dan melaksanakan perubahan, bukan untuk menyesali dan meratapi semata-mata. Jangan jadikan kesilapan kita yang lalu sebagai bebanan yang menyebabkan kita dah tak boleh maju kehadapan, sedangkan potensi yang kita ada sangat besar. Kenapa kita nak pendamkan semua kelebihan yang kita ada dan tak mahu menggunakan pada jalan kebaikan selamanya disebabkan kesilapan yang lalu yang mungkin sekejap kita lakukan?? Jadikan kesilapan lalu sebagai “driving force” untuk memperbaiki keadaan dan meninggalkan kesalahan dan kesilapan lama kita, dan terus menjadi orang yang lebih baik.


Monday, November 28, 2011

Jom Berkenalan dengan Diri Sendiri

Pernah tak anda serrtai mana-mana kem motivasi? Pernah tak anda mendengar ceramah motivasi? Kalau ya,pasti anda pernah terdengar pasal kenal diri, kenali diri dan apa sahaja yang berkaitan dengan diri. Kenal diri ini sangat penting dalam kehidupan. Kenapa? Seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal barulah cinta boleh berputik. Jadi, diri sendiri pun kita kena kenal, bukan sahaja orang lain.

Ada orang kata “ saya dah kenal diri saya, nama saya Ahmad…..itu kan maknanya dah kenal diri?” Itu adalah antara reaksi beberapa orang bila disebut mengenai kenal diri. Itu sebenarnya kenal identiti diri, bukan kenal dengan lebih mendalam. Ibarat orang berkawan, yang mana satu yang dikatakan sahabat, yang kenal nama, tempat tinggal, bilangan keluarga dan pekerjaannya sahaja kah atau yang kenal sifatnya, kegemarannya, hobi dan cita-citanya dan segala yang berkenaan dengan dirinya? Dan yang mana yang kita lebih sayang? Sudah pasti jawapan dia yang sahabat yang kita kenal dengan lebih mendalam. Dan disebabkan itu juga kita menjadi lebih sayang dengan sahabat kita, dan apabila kita sayang, kita akan menjaganya dengan baik.

Begitu juga dengan diri kita. Kena kenal dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Barulah kita sayang diri kita dan menghargai apa yang ada pada diri kita walaupun semuanya hanyalah pinjaman dari Yang Maha Esa. Kalau dah sayang diri, mestilah kita nak beri yang terbaik pada diri kita dan buat yang terbaik untuk diri kita serta kita tak akan terlibat dengan perkara yang boleh membinasakan diri kita seperti mana firman Allah “ wala Tulquu bi aidiikum ila ttahlukah” . Maka kejadian bunuh diri, mencederakan diri, gejala zina dan segala yang dilarang Allah, kita tak akan buat sebab sayang diri dan takut akan azab Allah. Sayang diri ini bukan terhad di dunia sahaja tetapi juga di akhirat.

“Hmmmm…..macam mana nak kenal diri yang sebetulnya? Apa yang patut saya kenal pada diri saya ni?” soalan yang biasa ditanya dan mungkin soalan yang sama bermain dalam fikiran anda. Ada beberapa cara yang boleh membantu anda untuk mengenali diri dengan lebih mendalam. Ianya terbahagi kepada dua kaedah iaitu kaedah muhasabah dan maklum balas. “Muhasabah? Gi mana yer?” Muhasabah ini sememangnya digalakkan dalam Islam. Islam menyuruh penganutnya untuk sentiasa bermuhasabah untuk memperbaiki diri.

Muhasabah ini sebenarnya adalah kita merenung dan mengenang kembali apa yang telah kita lalui, apa yang kita telah lakukan, dan memikirkan cara untuk menambahbaik diri. Muhasabah memerlukan kita melihat kembali beberapa aspek iaitu kekuatan dan kelebihan, kelemahan dan kekurangan, ruang dan peluang serta strategi untuk memperbaiki kelemahan dan dan menambahbaik kelebihan dan kekuatan serta memperbetulkan kesalahan.

Kita akan lihat satu persatu..... bersambung (^_^)

Wednesday, February 18, 2009

salam blog....

Alhamdulilah, setelah lama duk tengok blog orang lain, akhirnya ada juga blog sendiri. Al-maklumlah, saya ni bukan orang yang pakar dalam internet. Berkenaan dengan blog sendiri ni, rasa macam wartawan pulak. Namun bila sebut pasal wartawan, betapa besarnya tanggungjawab menjadi wartawan ni kerana mereka adalah medium penyampai maklumat....

Bayangkan kalau mereka salah sampaikan maklumat?? Bayangkan kalau mereka sajer nak buat fitnah??? bayangkan kalau mereka buat cerita palsu??? Hish.... tak ke huru-hara negara kita. Sebab itu kalau ditanam dalam hati bahawa pekerjaan ini amanah ALLAH, insyaallah selamat semuanya....tapi kalau sekadar nak menjaga periuk nasi dan perut sendiri serta orang-orang tertentu, alamatnya......

So, kepada penulis-penulis blog semua, sama2lah kita menjaga diri, minda, hati, serta perlakuan kita daripada perkara2 yang mungkin boleh menyebabkan kita menjadi "PEMFITNAH"...

Nauzubillah Min Zalik