Pernah tak anda serrtai mana-mana kem motivasi? Pernah tak anda mendengar ceramah motivasi? Kalau ya,pasti anda pernah terdengar pasal kenal diri, kenali diri dan apa sahaja yang berkaitan dengan diri. Kenal diri ini sangat penting dalam kehidupan. Kenapa? Seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal barulah cinta boleh berputik. Jadi, diri sendiri pun kita kena kenal, bukan sahaja orang lain.
Ada orang kata “ saya dah kenal diri saya, nama saya Ahmad…..itu kan maknanya dah kenal diri?” Itu adalah antara reaksi beberapa orang bila disebut mengenai kenal diri. Itu sebenarnya kenal identiti diri, bukan kenal dengan lebih mendalam. Ibarat orang berkawan, yang mana satu yang dikatakan sahabat, yang kenal nama, tempat tinggal, bilangan keluarga dan pekerjaannya sahaja kah atau yang kenal sifatnya, kegemarannya, hobi dan cita-citanya dan segala yang berkenaan dengan dirinya? Dan yang mana yang kita lebih sayang? Sudah pasti jawapan dia yang sahabat yang kita kenal dengan lebih mendalam. Dan disebabkan itu juga kita menjadi lebih sayang dengan sahabat kita, dan apabila kita sayang, kita akan menjaganya dengan baik.
Begitu juga dengan diri kita. Kena kenal dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Barulah kita sayang diri kita dan menghargai apa yang ada pada diri kita walaupun semuanya hanyalah pinjaman dari Yang Maha Esa. Kalau dah sayang diri, mestilah kita nak beri yang terbaik pada diri kita dan buat yang terbaik untuk diri kita serta kita tak akan terlibat dengan perkara yang boleh membinasakan diri kita seperti mana firman Allah “ wala Tulquu bi aidiikum ila ttahlukah” . Maka kejadian bunuh diri, mencederakan diri, gejala zina dan segala yang dilarang Allah, kita tak akan buat sebab sayang diri dan takut akan azab Allah. Sayang diri ini bukan terhad di dunia sahaja tetapi juga di akhirat.
“Hmmmm…..macam mana nak kenal diri yang sebetulnya? Apa yang patut saya kenal pada diri saya ni?” soalan yang biasa ditanya dan mungkin soalan yang sama bermain dalam fikiran anda. Ada beberapa cara yang boleh membantu anda untuk mengenali diri dengan lebih mendalam. Ianya terbahagi kepada dua kaedah iaitu kaedah muhasabah dan maklum balas. “Muhasabah? Gi mana yer?” Muhasabah ini sememangnya digalakkan dalam Islam. Islam menyuruh penganutnya untuk sentiasa bermuhasabah untuk memperbaiki diri.
assalamualaikum...... d harapkan bayk motivasi akan di siarkn unk sy perbaiki diri
ReplyDeleteinsyaallah yura. terima kasih atas sokongan
ReplyDeletekaitkan dengan teori psikologi lar plak nnti yer, ^^
ReplyDeleteAna lebih suka bersembang cara sahabat tanpa mengeluarkan teori secara ilmiah. penerapan dalam keadaan tidak langsung. (^_^)
ReplyDeletealhamdulillah...kt blog nih..ana bleh tmbh lg ilmu pengetahun..^____^
ReplyDeletehmm,kdg2 kita lupa sape diri kita..lupa akn janji roh kita..mcmne ye utk sentiasa kita beristiqamah dlm menambah baik diri,sbb sbgi seorg remaja,ia terlalu mudah terpengaruh dgn pengaruh dr luar,krna mahukn kbebasan kononnya,shingga lupa utk mengenali diri dan menepati janji2 roh kita dulu..waallahualam..sila la ziarah ke blog sy juga..
ReplyDeletecahaya-pemelihara.blogspot.com (jihad for jannah)
hmm, kalau sekali sekala bagus juga.. untuk diri ini yang masih belajar kaunseling. selitkan teori kaunseling AdDin, jika ada teori sendiri bagus juga. perkaitan teori dengan kajian kes, amat menarik. ^_^,
ReplyDeleteas salam
ReplyDeletesemoga usaha saudara berterusan hingga ke akhirnya